Sunday, March 2, 2014

PPKI SMK LUNAS

LATAR BELAKANG

Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas terletak kira-kira 1 kilometer dari Pekan Lunas. Mendapat nama sempena sebuah pekan kecil lama yang banyak mencatat sejarah. Tapak sekolah ini pada asalnya adalah kawasan ladang getah yang dimiliki oleh seorang pemilik kilang kayu di Lunas. Keluasan sekolah ini lebih kurang 6.070 hektar bersamaan dengan 15 ekar. Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas mula beroperasi pada tahun 1984. Berdasarkan data pada 30 Jun 2012 sekolah ini mempunyai seramai 122 orang guru dan 16 orang Anggota Kakitangan Sokongan. Sekolah ini beroperasi dua sidang iaitu sidang pagi dan petang bagi menampung bilangan pelajar yang ramai.

Sekolah ini juga terdapat Kelas Pendidikan Khas yang ditubuhkan pada 01 Januari 1999 dengan jumlah pelajar 7 orang dan 2 orang guru. Berdasarkan data pada 30 Januari 2014 pelajarnya berjumlah orang, 3 orang pembantu pengurusan murid dan 10 orang guru dengan 6 kelas. Pihak sekolah ingin memohon pembaikan kuarters guru lama SMK Lunas untuk dijadikan kelas Pendidikan Khas.




1 comment: