LATAR BELAKANG
Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas terletak kira-kira 1 kilometer
dari Pekan Lunas. Mendapat nama
sempena sebuah pekan kecil lama yang
banyak mencatat sejarah. Tapak sekolah ini pada asalnya adalah kawasan ladang
getah yang dimiliki oleh seorang pemilik kilang kayu di Lunas. Keluasan sekolah
ini lebih kurang 6.070 hektar bersamaan dengan 15 ekar. Sekolah Menengah
Kebangsaan Lunas mula beroperasi pada tahun 1984. Berdasarkan data pada 30 Jun
2012 sekolah ini mempunyai
seramai 122 orang guru dan 16 orang Anggota Kakitangan Sokongan. Sekolah ini
beroperasi dua sidang iaitu sidang pagi dan petang bagi menampung bilangan
pelajar yang ramai.
Sekolah ini juga terdapat Kelas Pendidikan Khas yang
ditubuhkan pada 01 Januari 1999 dengan jumlah pelajar 7 orang dan 2 orang guru.
Berdasarkan data pada 30 Januari
2014 pelajarnya berjumlah orang, 3 orang pembantu pengurusan murid dan 10 orang guru dengan 6 kelas. Pihak sekolah ingin memohon pembaikan kuarters guru lama SMK Lunas untuk dijadikan kelas Pendidikan Khas.